Banjir Besar 2014 Turut Melanda CIC

SEMASA BANJIR

Banjir Besar 2014 yang juga dipanggil ‘Bah Kuning’ turut melanda Kompleks CT-ONE ISLAMIC CENTER (CIC) di Kampong Tualang, Kuala Krai, Kelantan. Hampir 70% daripada kawasan Kompleks telah ditenggelami. Banjir ini telah menenggelamkan Chalet Al-Falah, Homestay Al-Falah, Gelanggang Futsal Al-Falah, Kolam Memancing Al-Falah dan juga rumah-rumah kakitangan. Bangunan yang tidak ditenggelami adalah Masjid Al-Hashimi, Asrama Pelajar dan Rumah Masak serta Kantin.
Walaupun ujian ini amat pedih namun kami tetap bersyukur kerana :

  • Masjid Al-Falah, Asrama Pelajar, Rumah Masak dan juga Kantin telah berpeluang berjasa kepada penduduk setempat, yang mana ia telah menjadi Pusat Pemindahan kepada sekitar 300 orang penduduk.
  • Selepas banjir surut, Kompleks CIC telah menjadi penginapan kepada sekitar 300 orang sukarelawan yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai.
  • Banjir telah membawa datang beribu pelawat dan sukarelawan ke Kompleks CIC yang sekaligus menjadi promosi kepada CIC.
  • Banjir telah memberi kesedaran dan keinsafan kepada kami tentang kuasa Allah SWT.

Banjir ini telah membawa kerugian kepada CIC sekitar RM300,000.00

Beberapa keping gambar banjir termasuk keratan akhbar adalah seperti berikut :

SELEPAS BANJIR

Kesan selepas banjir juga meninggalkan perit yang mendalam jika tanpa bantuan mana-mana pihak luar seperti NGO, Individu, Kerajaan dan sebagainya. Terima kasih kepada mereka semua yang telah banyak membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.