Visi & Misi

1. Mohon ibu ayah dan semua pihak bersama-sama saya, bersama-sama CIC Membina semua pelajar iaitu anak-anak angkat kami supaya berjaya tergolong sebagai Al-Hafiz, ‘Anak Soleh dan seterusnya menjadi ‘Insan Al-Falah’. Antara cara ‘Bersama’ yang dimaksudkan ialah:

  •  Kepada Anak, Kita ‘Mesti Sayang dan Jangan Kesian‘ – Contoh, di M-TAH anak-anak bangun jam 4.30 pagi  Datang Ke Masjid Dengan Penuh Akhlak dan Disiplin Untuk Memulakan Amalan 7 Sunnah Rasullah SAW Dengan Solat Tahajjud, Solat Subuh Berjemaah, dan Baca Al-Quran Sebelum Naik Matahari. Jadi Sewaktu Anak-Anak Bercuti Di Rumah, Sebagai Tanda ‘Sayang’, Tentukan Mereka Teruskan Amalan Ini dan Jangan Tidak Kejut Tidur Mereka Jika Mereka Terlewat Kerana ‘Kesian’.
  • Kepada Anak ‘Mesti Kita Bagi Sokongan Padu’ – Amatlah Baik Jika Kita Sewaktu Anak Masing-Masing Bercuti Di Rumah ‘Kita’ Bersama-Sama Anak Melakukan Amalan 7 Sunnah Rasullah SAW Bersama. Saya Katakan ‘Adalah Amat-Amat Tidak Adil Kita Meminta, Menyuruh dan Memaksa Anak-Anak Kita Supaya Berusaha Menjadi Anak Soleh Tetapi Kita Sendiri Tidak Pernah Berusaha Menjadi Anak Soleh Juga.

2. Untuk Makluman Ayah Ibu, Inilah Rahsia Perjuangan CIC Dalam Visinya ‘Membina Generasi Al-Falah’ Secara Bersama, Menyeluruh dan Bersungguh-Sungguh. Saya Mahu Bina Diri Saya, Tanggungan Saya, Keluarga Saya, Anak-Anak Angkat Saya, Keluarga Angkat Saya dan Semua Individu Yang Bakal Menyertai CIC Nanti.

3. Perlu Diingatkan Bahawa Perjuangan Ini Pasti Akan Ada Dugaan, Ujian, dan Sebagainya Sebelum Kita Mendapat Kejayaan Hakiki Dengan Redha Allah SWT. Berdepan Dengan Semua Itu Kita Adalah Dituntut Berusaha Sehabis Baik dan Berdoa Kepadanya.