Penubuhan

1. CT-ONE Islamic Center (CIC) adalah satu pusat yang diasaskan, ditubuhkan dan dibina oleh Mejar Dato’ Hj. Adnan Hashim (Bersara). Tujuan utama beliau menubuhkan CIC ini adalah untuk meletakkan keluarga dan seluruh keturunannya serta semua orang yang menyertai CIC nanti di landasan yang betul iaitu kearah mencapai kejayaan di Dunia dan kejayaan di Akhirat.

2. Visi yang juga Moto perjuangan CIC iaitu ‘Bersama Membina Generasi Al-Falah’ merupakan satu seruan ikhlas beliau kepada dirinya sendiri, keluarganya dan seluruh Warga CIC (semua yang menyertai CIC) supaya berterusan bersungguh-sungguh berusaha dan berdoa agar masing-masing mencapai kejayaan di Dunia dan kejayaan di Akhirat sesuai dengan Firman Allah S.W.T seperti berikut :

‘Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah di anugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan jangan lah engkau berbuat kerosakan di mukabumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan’ (QS 28 Al-Qasas Ayat 77)

‘Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui’     (QS 61 As-Saff Ayat 10-11)

3. Harapan dan doa beliau semoga usaha kecilnya ini akan berterusan bahkan semakin meningkat cemerlang di sisi Allah SWT hingga hari akhirat agar di izinkan mencapai Misi Paling Agung sepertimana Firman Allah SWT berikut :

‘Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya’ (QS 52 At-Tur Ayat 21)

4. Warga CIC yang dimaksudkan adalah :

a. Dirinya sendiri, isteri dan anak-anak serta menantu

b. Seluruh keluarga sekarang dan keluarga akan datang di sebelah beliau dan di sebelah isteri

c. Kesemua orang yang menyertai CIC samaada sebagai staf dan pekerja Kumpulan CT-ONE, anak angkat CIC, pelajar dan siswa/ siswazah CIC, rakan kongsi dan rakan bisnes CIC

d. Lain-lain individu, kumpulan dan organisasi yang semasa ke semasa memohon dan diluluskan diterima sebagai Warga CIC

RANCANGAN PERLAKSANAAN

5. Misi untuk ‘Membina Anak Soleh/ Solehah’ dan seterusnya ‘Membina Generasi Al-Falah’ dikenalpasti boleh dicapai sekiranya setiap insan itu dididik, dibentuk, dibina, didakwah dan dilatih seawal kejadian iaitu bermula dari kandungan ibu. Menyedari kepada kepentingan ini maka CIC telah merancang :

a. Pakej pembangunan modal insan lengkap meliputi pendidikan, dakwah dan latihan berpandukan Al-Qur’an dan Al-Hadith bermula dari penjodohan ibu dan bapa, penjagaan ibu, penjagaan bayi, pembinaan/pembesaran bayi dan pendidikan formal setiap insan dari pra-sekolah hingga ke peringkat universiti.

b. Tumpuan utama semua peringkat aktiviti adalah kepada Pendidikan, Dakwah dan Ekonomi.

c. Pembangunan ekonomi iaitu penubuhan pelbagai jenis perniagaan islamik seperti ‘Health Care, Agro & Farming, Attire, Product & Services, Chalet & Hotel’ dan lain-lain lagi, selain sebagai organisasi penyumbang dana juga merupakan tempat latihan berniaga/keusahawanan dan tempat kerja warga CIC (jika mereka gagal mendapat lain-lain pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan masing-masing).

d. Pada peringkat permulaan, pembangunan CIC dirancang dilaksanakan di dalam dua fasa utama iaitu Fasa I (mulai tahun 2013 hingga 2017) dan fasa II (mulai 2018 hingga 2022) seperti carta di bawah :

e. Pembangunan yang ditunjukan di dalam gambarajah di atas hanyalah melibatkan Pendidikan Formal dan Aktiviti Ekonomi sahaja. Aspek dakwah tidak ditunjukan memandangkan ianya telah bermula secara serentak menerusi perlaksanaan dua aspek utama yang dimaksudkan.

f. Aspek dakwah secara formal termasuk ‘Religious Tourism’ akan dimulakan segera selepas Tim Pendakwah dan Infra yang diperlukan siap kelak. Tim juga sedang mengkaji kaedah dan pendekatan dakwah yang lebih memberi kesan terbaik

g. Pembangunan seterusnya akan hanya dirancang dan dilaksanakan selepas menilai pencapaian, kelebihan dan kelemahan aktiviti permulaan seperti di atas.

KOMPLEKS UTAMA CIC

6. FASA I : Pembinaan Fasa I Kompleks Utama CIC di atas tanah peninggalan arwah ayah Dato Hj Adnan iaitu Hashim Bin Mohamad seluas 7.5 ekar telah siap pada bulan Oktober 2009. Fasa I Kompleks Utama CIC ini menempatkan:

a. Sebuah Masjid (boleh memuatkan sekitar 1,000 jemaah) : Masjid Al-Hashimi ini dengan Dewan Solat Utama (berhawa dingin), enam Bilik Kuliah (berhawa dingin), dua Pejabat (berhawa dingin), Bilik Serbaguna dan Bilik Jenazah.

b. Sebuah Asrama Moden (boleh menempatkan sekitar 100 orang) : di dalam 12 buah bilik ‘attached bathroom’ dan satu dormitory.

c. Sebuah Dewan Serbaguna (boleh memuatkan sekitar 1,000 orang) : juga boleh ditukar guna sebagai gelanggang futsal (dua saiz biasa atau satu saiz FIFA). Selain sebagai gelanggan futsal dewan ini juga sesuai digunakan utk pelbagai majlis seperti Seminar, Kenduri Kahwin, Pameran dan sebagainya.

d. Sebuah Rumah Masak dan Tempat Makan.

e. Lima buah Rumah Adik-Beradik Dato Hj Adnan (di sebelah kiri jalan) dan Dua Buah Rumah Pekerja (di sebelah kanan jalan).

7. Bagi memenuhi keperluan, sesuai dengan Visi dan Misi, Dato’ Hj Adnan telah membeli dua bidang tanah berhampiran tanah arwah ayah beliau masing-masing berkeluasan 2 ekar menjadikan jumlah keluasan Kompleks sekarang 11.5 ekar.

8. FASA II : Pembinaan di Fasa II Kompleks CIC adalah terdiri daripada Tapak Utama CIC-i Agro & Farming, Pusat Komersil Islamik (Islamic Commercial Center). Gambar keseluruhan Kompleks adalah seperti dibawah. Progres pembinaan adalah seperti berikut :

a. Satu Tapak Utama CIC-i Agro & Farming : Merupakan tempat riadah dan tapak belajar kepada pelajar-pelajar dan warga CIC yang mengandungi Chalet Al-Falah, Kolam Memancing Al-Falah, Tapak Permainan Kanak-Kanak, Tapak Ternakan dan Tapak Tanaman. Pembinaan Tapak Utama CIC-i Agro & Farming ini telah pun siap dan telah memulakan operasi mulai April 2014. Selain digunakan untuk pelajar dan Warga CIC, semua kemudahan di sini juga di sewakan. Tapak Utama CIC-i Agro & Farming yang telah mula dihias cantik telah rosak akibat ditenggelami sepenuhnya semasa Bah Kuning 2014. Semua fasilitas telah dibaiki dan telah pun mula disewa untuk pelbagai tujuan.

Kompleks Utama CIC Di Kampung Tualang, Kuala Krai Kelantan

Chalet Al-Falah & Kolam Memancing

b. Pusat Komersil Islamik (Islamic Commercial Center) adalah seperti beberapa gambar berikut :

 

9. FASA III : Pembinaan Fasa III adalah Rumah Keluarga yang dijangka bermula selepas siap Fasa II

WISMA CIC

10. Wisma CIC yang juga dinamakan ‘GEDUNG CINTA AL-FALAH’ di Guchil 7, Kuala Krai, Kelantan (terletak disebelah kiri jalan besar Kuala Krai ke Kota Bharu) ini pada asalnya dirancang untuk di ubah suai menjadi Hotel Bajet. Namun begitu rancangan itu terpaksa dibatalkan lanjutan kesukaran dan kelewatan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan

11. Lanjutan daripada pembatalan itu, bangunan ini kemudiannya di ubah suai menjadi Gedung Cinta Al-Falah yang menempatkan :

a. Tingkat Bawah : Pejabat, Dewan dan Ruang Jualan (semuanya berhawa dingin)

b. Tingkat Satu : Pejabat Mercy, Rumah Ngaji CIC dan Kilang Jahit

c. Tingkat Dua : Empat Dewan Kecil (berhawa dingin) dan boleh di jadikan satu Dewan Besar (kapasiti 500 orang)

12. Gedung Cinta Al-Falah ini masih di sewa untuk kegunaan sesiapa yang berminat sebelum aktiviti penuh ‘Cinta Al-Falah’ dimulakan mulai awal 2017. Aktiviti yang sesuai di Gedung Cinta Al-Falah ini adalah Seminar, Mesyuarat, Kenduri Kahwin dan sebagainya.

PROGRES DAN PINDAAN KEPADA RANCANGAN PERLAKSANAAN (RANCANGAN PERLAKSANAAN ASAL DI BIL. 5) 

13. Pendidikan : Rancangan menguruskan Perkahwinan Bersyariat secara percuma oleh CIC-i Marriage Hub, Pendidikan Ibu oleh CIC-i Mother Care, Penjagaan Bayi oleh CIC-i Baby Care dan Pra-Sekolah Islamik oleh CIC-i Child Care pada tahun 2013 hingga 2016 telah terpaksa di batalkan atau ditunda kerana :

a. Perkahwinan Bersyariat : Kesukaran mendapat pasangan soleh dan solehah serta staf yang sesuai serta ikhlas. Program ini dan lain-lain yang dirancang dimainkan oleh CIC-i Marriage Hub dengan ini ditunda ke tahun 2024 dengan harapan ianya dapat diuruskan oleh pelajar-pelajar yang kita didik dan bina.

b. Pendidikan Ibu : Belum dibina kemampuan dan memandangkan kurang sesuai dilakukan sekarang. Ditunda ke tahun 2025. Amat sesuai jika kepada bakal ibu yang kita kahwinkan.

c. Penjagaan Bayi : Belum dibina kemampuan memandangkan kurang sesuai dilakukan sekarang. Ditunda ke tahun 2026.

d. Pra- Sekolah : Belum dibina kemampuan memandangkan kurang sesuai dilakukan sekarang. Ditunda ke tahun 2030.

14. Ekonomi : Aktiviti Mengeluar dan Memasarkan Minuman Kesihatan Islamik oleh CIC-i Health Care, Memelihara Kambing Import oleh CIC-i Agro & Farming dan Mengeluar dan Memasarkan Pelbagai Jenis pakaian oleh CIC-i Attire yang telah dimulakan mengikut tahun-tahun Rancangan asal telah terpaksa ditutup dengan kerugian yang amat besar. Antara sebab kegagalan adalah kegagalan staf-staf yang dilantik menguruskan perniagaan-perniagaan yang dimaksudkan.

15. Lanjutan daripada itu Unit R&D dan Unit Business Development kini sedang giat menyiapkan satu Rancangan Baru yang lebih terperinci dan strategik untuk semua aktiviti pendidikan dan aktiviti ekonomi yang terlibat. Tahun-tahun permulaan setiap aktiviti telah di pinda seperti di dalam gambarajah disebelah

AKTIVITI SEMASA

16. Aktiviti yang sedang dijalankan oleh CIC sekarang ialah :

a. Di Maahad Tahfiz Al-Hashimi (Kampung Tualang Kuala Krai Kelantan) – Seramai 66 orang pelajar tahfiz lelaki (30 orang Siri 1 dan 36 orang Siri 2) sedang dilatih secara percuma sejak Januari 2013 dan Januari 2016

b. Di Kompleks CIC (Kampung Tualang Kuala Krai Kelantan) – Aktiviti ekonomi yang ada di sini ialah:

(1) Jualan runcit pelbagai produk di ‘Kedai Cinta Al-Falah’ (dikendalikan oleh pelajar-pelajar Kelab Usahawan Muda Maahad Tahfiz Al-Hashimi (M-TAH)

(2) Penyewaan Aktiviti dan Peralatan Memamnah

(3) Penyewaan Chalet dan lain-lain kemudahan di Tapak Utama Agro & Farming

(4) Penyewaan Dewan Serbaguna terutamanya untuk Sukan Futsal

(5) Penyewaan Homestay

c. Di Wisma CIC/Gedung Cinta Al-Falah : Penyewaan bangunan untuk pelbagai tujuan

BARISAN USTAZ DAN STAF 2016 (4 ORANG TIADA DALAM GAMBAR)

USTAZ & STAF

17. CIC dan M-TAH amat mengambil berat di dalam memilih Ustaz, ustazah dan staf. Hanya mereka yang berilmu, berakhlak tinggi dan bersedia menuju menjadi Anak Soleh serta Insan Al-Falah sahaja diterima menyertai barisan ustaz dan staf kami. Atas sebab itu sebelum ini agak sukar untuk kami mengekalkan ustaz dan staf lanjutan sebahagian mereka gagal kepada perkara asas yang dimaksudkan.

18. Barisan ustaz dan staf yang kami miliki sekarang adalah yang terbaik setakat ini. Mohon doakan semoga mereka berterusan diberikan kekuatan dan diizinkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah besar ini pada tahap yang paling baik dan pada tahap yang terusan meningkat. Mohon doakan juga semoga semua mereka kekal di CIC & M-TAH. Barisan ustaz dan staf CIC & M-TAH semasa ialah :

a. Pengetua : Ustaz Muhammad Azam bin Omizi (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dgn Kepujian
b. Seksyen Pemibina : Empat Orang Ustaz ( Tiga adalah berkelulusan Ijazah)
c. Seksyen Akademik : Tiga Orang Guru (semua berkelulusan Ijazah)
d. Seksyen Tahfiz : Tiga Orang Ustaz (Dua dari Pakistan)
e. Bahagian Tadbir & Logistik : Lama Orang (Diketuai oleh Cikgu Nurul (Ijazah Banking)

PANDUAN VISI

18. Panduan yang diguna pakai kearah mencapai Misi dan Visi adalah :

Leave a Reply

Your email address will not be published.